Tuesday 10 January 2012

MINIT MESYUARAT UNIT EKONOMI 2012




MINIT MESYUARAT UNIT EKONOMI KALI PERTAMA 2012
TARIKH :  29/11/2011
HARI  : KHAMIS
MASA : 3  PETANG
TEMPAT : BILIK GERAKAN TINGKATAN ENAM
KEHADIRAN :
                         1.  EN. RAHMAT BIN MINHAT
                         2.  EN. FAKRUL HISHAM BIN OMAR
1.   Ucapan pengerusi En Rahmat Bin Minhat
           1.1    ucapan aluan dan selamat hadir ke mesyuarat kali pertama 2011.
           1.2   mengucapkan tahniah kepada cikgu Fakrul kerana baru menjadi ahli baru kepada unit ekonomi.
2.  Pengesahan minit mesyuarat
            2.1  minit mesyuarat disahkan sebulat suara dan tiada perkara berbangkit.
3.  Perkara /aktiviti yang dibincangkan
           3. 1  pengerusi menekankan kepada pembinaan petunjuk prestasi utama:
                    1.  pembinaan modul
                    2.  kelas tambahan.
                    3. prestasi peperiksaan awam STPM
          3.2  selain itu setiap soalan ujian dan peperiksaan perlu di sertakan dengan JSU dan setiap soalan akan ditandatangani oleh GPK tingkatan enam .
         3.3 pengerusi telah menerangkan format peperiksaan iaitu:
                    1. setiap ujian perlu mengikuti format sebenar peperiksaan
                    2. masa untuk  ujian dan peperiksaan selama  3 jam
        3.4   Tarikh   ujian dan peperiksaan  telah ditentukan oleh pihak pengurusan iaitu ujian 1 (Mac) ,peperiksaan pertengahan tahun (Mei), ujian2 (Julai) dan percubaan September.
         3.5    semua  soalan mikro 944/1 akan disediakan oleh En. Rahmat bin Minhat. Manakala soalan makro 944/2 akan disediakan oleh En Fakrul Hisham bin Omar.
         3.6   Di samping itu, pengerusi menekankan pengajaran dan pembelajaran perlu menekankan kepada pada rancangan pelajaran ekonomi berdasarkan sukatan pelajaran MPM 2012. Sementara itu sukatan perlu dihabiskan pada bulan Ogos atau September.
        
       3.7   pengerusi  menyatakan unit ekonomi mensasarkan peratus perbelanjaan melebihi 90% dari peruntukan.

4.  Di samping itu,  setiap matapelajaran perlu menyediakan  4 folio iaitu :
                  1. folio P & P
                  2. folio penilaian
                  3. folio R&D
                  4. folio kokurikulum

5.  Peracangan aktiviti unit ekonomi

         5.1  latihan mingguan (makro dan mikro)
         5.2  kuiz ekonomi.
         5.3  tugasan masa cuti
         5.4  kelas tambahan.
         5.5  bengkel dan ceramah ekonomi STPM
6.   Hal-hal  lain
        6.1  pengerusi mengingatkan tentang komitmen dan berharap matapelajaran ekonomi dapat kejayaan yang cemerlang.
      









Disediakan oleh,                                                                                        Disemak oleh,

………………………                                                                        ……………………….
(Fakrul Hisham B Omar)                                                                        (Rahmat Bin Minhat)
Setiausaha Unit Ekonomi,                                                                     Pengerusi Unit Ekonomi
SMK Iskandar Shah.                                                                             SMK Iskandar shah

No comments:

Post a Comment